Minggu Sains dan Teknologi (MISTI) merupakan program yang sangat menarik dan memberi peluang kepada para pelajar dan guru dalam mengetahui lebih mendalam mengenai sains dan teknologi masa kini. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan. Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari http://misti2014.johor.gov.my/en/. Di bawah ini terdapat beberapa gambar kenang-kenangan semasa lawatan kami ke MISTI.
Pada minggu sains, sekolah kami telah mengadakan karnival sains peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti yang kami jalankan dan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan pelajar berkaitan sains. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan roket air, pertandingan 'portable cooking', pameran sains, saintis muda dan banyak lagi. Gambar di bawah merupakan beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival sains.
|